Sunday, November 18, 2012

Cinta Tanpa Syarat



Alhamdulillah, saya masih mampu senyum walau apapun tanggapan dari insan2 sekeliling.  Saya berdoa moga Allah sentiasa menjadikan saya insan yang sabar. Walaupun sabar saya umpama senipis kulit bawang. Syukur juga dikurniakan seorang suami yang mampu menegur kekurangan dan kesalahan isteri. Begitu juga dengan kedua2 orang tua kami. Teguran dan tunjuk ajar. Terutama sekali ma dan mama.

CINTA TANPA SYARAT -  IBUBAPA DAN MERTUA
Adanya kita di dunia, asbab mereka yang ‘membawa’ kita ke dunia dengan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT.
Adanya suami kita di dunia – sehingga dia menjadi orang yang paling kita kasih adalah kerana ibubapa mertua yang melahirkan dan membesarkannya.
Dalam apa jua keadaan – kesusahan hidup, kesenangan, bahagia, derita kita mereka ada bersama. Meskipun lewat doa dan titipan motivasi di hujung talian.
Alhamdulillah, masih punyai mereka untuk berbakti.
-DIAMBIL DARI BLOG SEORANG KAWAN

Pagi yang indah ini dikejutkan dengan sebaris ayat.  selagi saya mampu bersabar..dan senyum. Alhamdulillah…syukur…Ber’YM” dengan seorang sahabat, tetiba teringat pasal bab DENGKI.Katanya dengki ni..ibarat semut hitam yg berjalan di tgh malam..moga diri ini suami dan anak2 dijauhkan dari sifat ini. Dan selalu di bawah redha ALLAH.  Kami selalu berpegang dengan “ tak hidup dek puji..tak mati dek keji.. so ape org nak kate.. selagi ktorg xberhutang dgn die”

suami dan anak2 kekuatan saya